Kepentingan kemahiran untuk graduan
masa depan, bukan sahaja dalam melahirkan bakal
graduan yang mampu berdepan dalam pelbagai perkara, antaranya persaingan
mencari pekerjaan dan sebagainya, tetapi juga dalam konteks yang lebih besar,
iaitu melahirkan modal insan yang diperlukan negara. Secara amnya, bakal
graduan perlu menitik beratkan beberapa kemahiran yang perlu dikuasai ketika
berada di kampus, agar dapat berdepan dengan cabaran dalam mencari pekerjaan,
seterusnya mampu melahirkan modal insan kepada negara. Terdapat beberapa
kemahiran yang akan dinilai oleh majikan-majikan yang ingin mengambil para
bakal graduan menjadi pekerja.
Kemahiran-kemahiran
yang perlu di kuasai oleh graduan
Kemahiran
Berkomunikasi
Kemahiran
yang paling utama yang perlu dikuasai oleh bakal graduan ialah Kemahiran
Berkomunikasi. Kemahiran ini merupakan kemahiran paling asas yang perlu
diutamakan kerana majikan akan meneliti dan menguji graduan samaada kemahiran
berkomunikasi mereka adalah benar-benar pada tahap yang diingini. Memandangkan
pada masa ini Malaysia merupakan salah sebuah negara dunia ketiga yang pesat
membangun, maka tidak hairanlah mengapa Malaysia pada masa ini dibanjiri oleh
pelabur-pelabur asing yang ingin menjalankan perniagaan yang sesuai dengan
iklim ekonomi negara. Secara tidak langsung, situasi ini akan memerlukan tenaga
kerja mahir yang pastinya boleh berkomunikasi dengan baik, terutamanya dalam
bahasa inggeris. Bukan sahaja hanya mampu bertutur dengan fasih, tetapi juga
menguasai secara lisan. Ini kerana, penguasaan terhadap bahasa inggeris seperti
berkomunikasi dengan baik, akan membolehkan bakal graduan menghasilkan idea
yang kritis dan kreatif untuk membantu menarik minat pelabur agar mengikat
perjanjian perniagaan. Selain itu, kehendak pelanggan dalam urusan perniagaan
juga dapat difahami dengan jelas dan baik. Apabila penguasaan kemahiran
berkomunikasi ini dapat dikuasai, maka daya keyakinan akan menjadi lebih
tinggi. Malah, bakal graduan juga akan berpeluang besar dalam mendapatkan
sesuatu kerjaya kerana mempunyai idea yang bernas selain mempunyai pengetahuan
teknikal yang mantap.
Kemahiran
Berpasukan
Kemahiran
yang perlu ada dan dikuasai oleh para graduan dan yang diingini majikan juga ialah
Kemahiran Kerja Berpasukan. Persaingan yang berlaku dalam dunia pasaran
pekerjaan di antara para bakal graduan yang telah menamatkan pelajaran saban
tahun menyebabkan ramai graduan yang sukar mendapatkan pekerjaan. Seharusnya
para bakal graduan perlu menggunakan situasi tersebut dengan cuba untuk
mengumpul seberapa banyak kemahiran yang perlu digunakan selepas habis belajar
kelak. Kemahiran kerja berpasukan adalah berbeza daripada kerja individu. Kerja
berpasukan menuntut seseorang itu bekerja dengan lebih ramai orang tetapi dalam
satu kumpulan. Komitmen yang tinggi sangat dituntut dalam kerja berpasukan.
Seseorang itu perlu menunjukkan dia adalah seorang pemain di dalam pasukan
tersebut, selain mampu dan berkeupayaan untuk menguruskan dan menjadi wakil dalam
tanggungjawab yang diberikan. Selain itu, bekerja di dalam satu pasukan juga
menuntut agar sesorang itu mampu serta dapat membina hubungan yang positif
dengan rakan sekerja, sekaligus dapat membantu mencapai matlamat kerja dan
objektif perniagaan yang dijalankan, malah mampu meningkatkan kualiti
kerja.Tambahan pula, masalah-masalah di dalam proses seuatu pekerjaan adalah
bersifat komplek serta akan membabitkan pelbagai bahagian dan sistem. Maka
secara logiknya, penyelesaian masalah hal sedemikian adalah di luar batas
kemampuan individu. Oleh itu, penting kepada graduan agar dapat menguasai
kemahiran bekerja secara berpasukan agar mereka dapat menjalankan kerja
sekiranya diminta menguruskan sesuatu urusan secara berkumpulan. Pendedahan
yang diberikan atau yang ditimba ketika menjalankan sesi praktikal perlu
dimanfaatkan sebaiknya oleh para bakal graduan, kerana ketika sesi praktikal
inilah mereka akan didedahkan dengan pengalaman kerja berkumpulan serta membina
hubungan dengan orang lain, iaitu rakan sekerja.
Kemahiran
Penyelesaian Masalah
Selain
itu, penguasaan dalam Kemahiran Penyelesaian Masalah juga penting kepada bakal
graduan dalam mencari kerja. Kemahiran ini adalah di antara kriteria yang
paling penting dan utama kepada majikan dalam mencari pekerja. Maka, perlu bagi
bakal graduan untuk cuba memajukan diri dengan mempersiapkan diri mereka di
dalam menguasai kemahiran ini. Dalam apa jua bidang yang diceburi, semuanya
tidak akan pernah terlepas daripada menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul
di dalam kerja. Bakal graduan seharusnya lebih bersedia dari pelbagai aspek,
seperti dari aspek mental kerana penyelesaian masalah merupakan proses mental
dalam mengatasi halangan ketika melakukan sesuatu tugasan. Walaupun boleh
mendatangkan cabaran, namun kejayaan dalam menyelesaikan masalah itu akan
menimbulkan keseronokan. Malah, dari satu sudut pula, kemahiran penyelesaian
masalah ini perlu dikuasai kerana ini merupakan satu kelebihan kerana dapat
menyelesaikan sesuatu permaslahan dari pelbagai aspek. Maka, bakal graduan
perlu mengambil peluang yang ada ketika menjalani praktikal untuk sama-sama
terlibat dalam situasi yang memerlukan penyelesaian masalah dengan memberi
sumbangan idea yang bernas bagi menyelesaikan masalah. Kemahiran ini juga
adalah di antara kriteria-kriteria penting yang perlu ada pada bakal graduan di
dalam proses mencari kerja kelak.
Kemahiran
Kepimpinan
Selain
itu, Kemahiran Kepimpinan juga perlu dikuasai oleh bakal graduan. Kejayaan
sesebuah perniagaan atau jatuh bangunnya sesuatu itu adalah berdasarkan kepada
kepimpinan. Kriteria ini juga sangat penting untuk dikuasai oleh bakal graduan,
sebagai salah satu daripada antara beberapa kemahiran-kemahiran yang penting
untuk dikuasai. Walaupun bakal graduan tidak akan memegang jawatan tertinggi
terus ketika menceburkan diri di dalam bidang pekerjaan, namun mereka perlu
menunjukkan potensi sebagai seorang pemimpin, yang mampu menggalas
tanggungjawab yang diberikan, seterusnya melaksanakan tugas tersebut kerana
ciri-ciri kepimpinan juga akan dinilai oleh majikan. Mereka juga perlu mampu
menunjukkan potensi dalam memotivasikan serta memberi dorongan kepada rakan
sekerja yang akan bekerja bersama mereka kelak. Apa yang paling penting di
dalam sikap kepimpinan ini ialah, bakal graduan perlu tahu tentang tugasan yang
diterima seterusnya melaksanakan tugasan yang diberi dengan baik, menentukan
tarikh akhir tugasan serta menunjukkan kepimpinan dengan memberikan
contoh-contoh yang baik kepada orang lain atau rakan setugas yang lain.
Kemahiran Kepimpinan sebenarnya telah dipupuk ketika menuntut di universiti di
kalangan para bakal graduan, samaada secara langsung mahupun tidak langsung.
Kemahiran
Pengurusan
Seterusnya,
bakal graduan perlu memiliki Kemahiran Pengurusan. Melalui kemahiran ini,
majikan akan menilai samaada graduan itu mampu menguruskan sesuatu yang akan
dipertanggungjawabkan kepadanya. Malah, majikan juga akan mempastikan juga
samaada graduan itu mampu melakukan kerja secara efisien dan produktif, untuk
menjamin kualiti kerja yang baik serta pada tahap yang diingini. Dalam
kemahiran pengurusan ini, perkara yang sangat penting juga ialah pengurusan
masa. Kemampuan mengurus yang baik terutamanya di dalam memutuskan untuk
melakukan kerja yang perlu diberi keutamaan dan fokus serta perlu diselesaikan
mengikut masa juga akan diambil kira oleh majikan. Kemahiran pengurusan yang
baik adalah bonus buat sesuatu organisasi kerana bukan sahaja mempunyai pekerja
yang cekap dan efisien dalam melakukan tugasan yang diberi, tetapi juga sebagai
jaminan kepada penghasilan kerja yang berkualiti, malah mampu memuaskan hati
pelanggan.
Cadangan
kepada bakal graduan
Cadangan
yang pertama ialah kepada bakal graduan itu sendiri, iaitu dengan memastikan
agar mereka perlu lebih aktif dan rajin dalam menyertai pelbagai aktiviti atau
program yang dapat membantu mereka dalam menguasai kemahiran berkomunikasi,
terutamanya di dalam bahasa inggeris. Secara amnya, penguasaan kemahiran
berkomunikasi merupakan kriteria utama yang akan dinilai dan diperlukan oleh
majikan terhadap graduan yang mencari pekerjaan. Melalui kenyataan tersebut
maka bakal graduan perlu lebih komited dalam penguasaan bahasa inggeris.
Penguasaan kemahiran berkomunikasi ini, terutamanya penguasaan dalam bahasa
inggeris juga membolehkan bakal graduan dapat mempertingkatkan lagi tahap
keyakinan berkomunikasi mereka dengan orang luar, iaitu pelabur-pelabur atau
peniaga-peniaga dari negara luar. Malahan, dengan keyakinan yang tinggi apabila
dapat menguasai kemahiran berkomunikasi, terutamanya dari aspek lisan, maka
mereka akan dapat menyalurkan pelbagai idea yang kritis dan kreatif disebabkan
kemampuan mereka berkomunikasi dengan baik menggunakan bahasa inggeris. Oleh
itu, para bakal graduan perlu berusaha dengan mengambil peluang yang sedia ada
sekiranya mereka ingin menguasai bahasa tersebut dengan lebih baik lagi
disamping perlu lebih komited dengan memilih inisiatif sendiri untuk
mempersiapkan diri dalam menghadapi karenah majikan yang menginginkan
penguasaan komunikasi dalam bahasa inggeris pada tahap yang tinggi atau
standard.
Cadangan
yang kedua pula ialah, bakal graduan perlu atau wajib menyertai
aktiviti-aktiviti persatuan samaada di dalam, mahupun di luar kampus, dengan
pihak universiti perlu memantau atau menghadkan penglibatan bakal graduan
sekiranya terlibat dengan persatuan luar kampus. Penglibatan di dalam aktiviti
persatuan ini kepada bakal graduan ialah, melaluinya, bakal graduan akan dapat
meningkatkan keyakinan ketika berdepan dengan orang ramai, selain mengasah
kemahiran berkomunikasi mereka dengan komuniti yang ada di dalam persatuan yang
disertai. Dari aspek individual pula, penglibatan ini akan membantu bakal
graduan memupuk semangat dalam kerja berpasukan. Malah, ianya merupakan
pendedahan kepada bakal graduan sebelum memasuki alam kerjaya yang sebenar
dalam perkongsian idea dan mengemukakan idea yang kritis untuk sesuatu maklumat
sekiranya ingin menyelesaikan masalah. Dari itu, bakal graduan juga dapat
menggunakan kesempatan tersebut untuk membiasakan diri dengan perkongsian idea
dengan komuniti yang terlibat di dalam persatuan tersebut. Selain itu, bakal
graduan juga dapat memupuk diri dengan sifat kepimpinan dalam diri mereka
dengan menjadi pemimpin kepada rakan yang lain. Ini kerana, kemahiran-kemahiran
tersebut, seperti kemahiran kerja berpasukan dan kemahiran kepimpinan merupakan
aspek dan kriteria yang dicari oleh majikan. Penglibatan di dalam
aktiviti-aktiviti persatuan juga merupakan satu batu loncatan buat bakal
graduan dalam mempuku seterusnya membiasakan dri mereka dengan kemahiran
pengurusan organisasi. Ianya umpama suatu pendedahan kepada bakal graduan dalam
salah seorang daripada pekerja yang bakal menguruskan sesuatu organisasi.